tesettt

Penulis Asal : MAZURA STAPAH

 







Antara perkara penting yang majikan aku ajar semasa di pejabat lama dahulu adalah menyantuni makcik cleaner.

1. Ucapkan selamat pagi atau memberi salam.

2. Hadiahkan senyuman terindah tapi bukan versi menggoda.

3. Sesekali bertanya khabar.

4. Bagi ruang kepada mereka untuk mengemas ruang kerja kita.

5. Tolong hulurkan tong sampah di bawah meja itu kepada mereka. Lagi cantik jika kita bukakan juga penutup tong sampah untuk mereka.

6. Ucapkan terima kasih.

7. Bercakap dengan lemah-lembut dan sopan jika kita perlukan pertolongan mereka.

8. Membuat sedikit kutipan sesama rakan pejabat sebagai belanja perayaan untuk mereka.Alhamdulillah, ini antara rutin dilakukan oleh penyelaras kelab kakitangan di pejabat baharu aku ini.

9. Mohon izin untuk lalu, kala mereka sedang mengemop lantai. Jika tiada keperluan, tak perlulah kau lalu di situ.

10. Jangan lupakan makcik cleaner jika kau buat jamuan. Jemput mereka sekali untuk makan. Atau jika mereka rasa malu untuk turut serta, bungkuslah sikit mana yang patut. Yalah, bila kau dah selesai makan-makan, silap haribulan makcik tu juga yang tolong kemaskan sinki dan buangkan sampah yang menimbun itu.

Makcik dan pakcik cleaner ni sebenarnya turut menyumbang secara tak langsung terhadap produktiviti kerja kita di pejabat. Kan seronok bekerja dalam suasana harum wangi dan bersih.Mereka pun manusia. Ada hati dan perasaan.

Cuba bayangkan bahawa mereka itu mak dan bapak kita! Mesti kita layan elok-elokkan?

Alhamdulillah…kebanyakan dari mereka ini jika ditanya, anak masing-masing tak kurang juga hebatnya dalam kerjaya mereka.

Categories: news

Comments are closed.