tesettt

Penulis Asal : DZURIASIKIN DZULKEFLI

 

KENAPA ANDA GAGAL TEMUDUGA?







Terlalu ramai calon gagal. Saya terfikir untuk menulis sebagai perkongsian:

1) Pakaian tidak sesuai atau tidak kemas. Samada terlalu sexy (kami bukan mencari model catwalk atau untuk peragaan baju!). Tahukah anda skirt yang terlalu pendek membuatkan anda kelihatan tidak professional? Ianya mesti di bawah garisan lutut. Atau tie longgar, warna seluar dan baju tidak sepadan. Kemeja warna hijau terang sudah tentu bukan untuk temuduga!

2) Rambut yang terlalu stylo! Lebih sesuai untuk ke party….atau terlalu tidak terurus. Wanita jika berambut panjang, pastikan ianya didandan rapi dan kemas! Lelaki, tolong sesuaikan gaya rambut untuk hadiri temuduga.

3) First impression sangatlah penting. ANDA MESTI KELIHATAN PRESENTABLE! Saya menilai anda from Head to Toe…kasut mestilah sesuai dik. Make up yang sesuai dan tidak terlalu tebal. Ini bukan untuk photoshoot! Lelaki kalau pakai lip gloss Akak reject awal2! Jika bibir kering pun, jangan guna colored gloss. JANGAN PAKAI SANDAL ATAU SELIPAR!

4) Tidak memberi salam atau ucap selamat.

5) Tidak buat bacaan (homework) tentang syarikat. Bila ditanya mula mereka cerita. Jika tidak pasti lebih baik berterus terang. “I’m sorry, I haven’t had a chance to read about the company background…..”.

6) Fahami tugas2 atau tanggungjawab untuk jawatan yang anda pohon. Pastikan anda tahu jawapan kenapa pilih kerjaya yang dipohon. Jangan “Im not sure, I just saw the advertisement and try my luck!!”…

7) Pastikan borang permohonan diisi dengan betul dan tepat. Jangan tulis “Please refer to the resume enclosed”…
(Penatkan nak isi borang?)

8) Pastikan anda boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Sekurang2 fasih tentang jawatan yang dipohon. Ramai adik2 yang cemerlang dalam SPM atau tinggi CGPA di uni, tapi alahai…kurang mahir berbahasa Inggeris. Kakak tak dapat tolong…

9) Biodata diri serta sijil mestilah lengkap, tersusun dan kemas….

10) Jujur jika tidak tahu untuk menjawab. Jangan “goreng’ akak?. SENYUM, SENYUM dan mesti selalu berikan senyuman manis untuk Akak?

GOOD LUCK!

Categories: news

Comments are closed.