tesettt

Penulis : Midah (Bukan Nama Yang Benar)

Aku kerja dah 14 tahun dengan syarikat yang sama, boss yang sama. Boss aku sayang aku. Sebab? Aku orang yang paling boleh diharap, orang yang paling dikerah, paling boleh disuruh tanpa banyak soal.




Sebenarnya nak berhenti dengan dia dah lama aku pasang niat.. tak lepas2.. takde option lain.. aku terpaksa turutkan.

Aku decide bawak teksi lepas abg aku bagi idea. Aku paksa diri utk buat lesen.. hakikatnya aku tak redha lagi nak bawak teksi pada permulaannya. Makin lama kerja di pejabat makin mengarut.. makin menyemak.. bayangkan aku baru suap nasik kat mulut.. 14 kali boss panggil aku.. tak sempat kunyah.. aku telan nasik tu hidup2..

Letih aku jadiknya.. benda yang sama everyday and everytime.. aku decide nak bawak teksi.. aku buat parttime.. memang tidak la kan nak buat 2 keja dalam satu masa.. agak gila sebab tekanan aku dibuatnya..




Sebelom berhenti aku buat istikarah.. Alhamdulillah.. one by one Allah tunjukkan pada aku that the office is no more a place for me. Aku tekad meskipon jauh disudut hati aku, aku takut sangat nak berdikari.. all this while boss aku je la tunggak time aku tengah sengkek nak dapat gaji, advance dan sebagainya.. tetiba nak keja sendiri.. mak takut nak.. hehe

Hari pertama aku bergelar female cabbie.. nervousnya Allah saja yang tahu.. aku dapat 1st customer aku dari area pejabat aku jugak.. the lady nak pegi one utama.. eleh.. one utama je.. hakak tau tempat tu..

Second day was alright.. 3rd day.. ni walau dah setahun aku bawak teksi, fresh dalam akal fikiran ye.. pasal 3 wanita warga iran.. very the cilaka..

Dengan konpidennya awek 3 org ni dtg kat aku dan kata nak pergi damansara heights.. aku pon bawak la dengan konpidennya jugak pegi ke damansara heights.. sekali dia kata mana u bawak kita ni.. aikkk.. aku dh nyampah menyumpah gps tu salah bawak aku jalan.. sesat larat ler sampai ke kl nun aku bawak dorg.. ujung2 rupanya bukannya damansara heights.. depa nak pegi damansara perdana.. aku dh menangis2 berair mata dah masa tu.. sedih ok diperlakukan sebegitu.. last sekali sebab bukan salah aku.. memang itu pengajaran la.. selepas tu aku always confirm dengan customer mana tujuan dorg nk pergi.

Yang seken aku tak boleh lupa bila bawak bangla 2 org pegi dhl kat subang.. yg ni memang tak jejak tanah aku punya takut ye.. aku tak tahu jalan ke dhl tu.. tapi bila on the way nk masuk tu jalan dia hazabedah gelap gelitap hutan kau.. takut akak.. sekali bila jalan terang sikit aku nampak la seorang lelaki berambut agak panjang nk pergi ke kereta.. aku pon berhenti and tanya jalan nk g dhl mcmana.. dia suruh aku bukak pintu bagi dia masuk.. aku fikir.. ni mabuk ni.. tetap jugak nak masuk.. cuak ok.. masa tubaku dah masuk gear 1.. kaki dh standby pedal minyak.. rupa-rupanya.. lelaki ni dihantar oleh kawan bangla tadi utk ambik kitaorg sbb ada sedikit sesat sebelomnya tu.

Latest ni.. ada customer nak pegi kat lingkungan negeri sembilan nearby jalan travers.. aku pon bawak la.. yg ni kalah jalan dhl.. yg ni memang hutan on the way up tu.. sebelah kanan ada kubur.. mujur masa tu aku tak nampak.. kalau tak aku dh keras kat situ tak berganjak ye.. masa carik rumah kat atas bukit tu.. kami jumpa rumah usang.. seram mak.. passenger aku dh rasa mcm aku nak melakukan sesuatu pada beliau dan aku pula merasa beliau nak melakukan sesuatu kepada aku.. two way situation gitu.. tapi selamat semua nya.. tapi scary ye..

Passenger yang ajak aku tido pon ada jugak.. typical mind mereka ni.. mereka rasa pekerjaan yang aku buat ni hanya janda je yg mendominasi.. atok mereka la kan..

KONGSI PENGALAMAN ANDA: http://peluangkerjaya.com/cerita-saya/

Categories: news

Comments are closed.