tesettt

Penulis Asal : AZUAN SAZALI

 

Ada pekerja bertanya dengan saya.

Tuan kata jika Mahkamah Perusahaan putuskan pembuangan salah maka saya akan dapat 24 bulan gaji kebelakang.








Boleh tahu daripada mana Tuan tahu benda tu?

Ok saya akan share. Tapi di sini. Supaya lebih ramai orang tahu.

Apabila pekerja dibuang kerja dia ada masa 60 hari untuk laporkan pembuangan kerja ke Jabatan Perhubungan Perusahaan mengikut Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1960 (APP).

Seksyen 20(3) APP Menteri Sumber Manusia akan rujuk representasi pembuangan kerja ke Mahkamah Perusahaan.

Mahkamah Perusahaan akan menilai sama ada majikan ada sebab yang munasabah untuk buang pekerja atau tidak.

Jika di dapati majikan tidak ada sebab yang munasabah.

Maka.

Berdasarkan Seksyen 30(6A) APP dan Jadual Kedua APP.

Mahkamah boleh buat keputusan dengan mengarahkan pihak Syarikat untuk membayar kepada pekerja gaji kebelakang (backwages) sebanyak 24 bulan.

Jika pekerja dalam tempoh percubaan gaji kebelakang adalah sebanyak 12 bulan sahaja.

Selain daripada backwages Mahkamah boleh memberikan kepada pekerja Compensation in Lieu of Reinstatement gaji sebulan berdasarkan kepada tempoh tahun telah berkhidmat. Jika sudah bekerja selama 5 tahun bersamaan dengan 5 bulan.

Mahkamah boleh berikan juga elaun yang kontraktual (dinyatakan dalam kontrak) juga baki cuti tahunan yang belum digunakan.

Boleh rujuk gambar di bawah.

Jika anda rasa perkara ini penting untuk orang lain tahu. Silalah Share.
Semoga bermaanfaat.





Categories: news

Comments are closed.