Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan seperti jadual dibawah ini.

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (Sambilan)
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 (Sambilan)
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Pemohon boleh menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut;
i. Resume yang mengandungi maklumat diri, maklumat persekolahan, maklumat akademik, pengalaman kerja dan butir-butir perkhidmatan sekarang;
ii. Sekeping gambar berukuran pasport;
iii. Salinan Kad Pengenalan & Salinan Sijil Beranak;
iv. Salinan Sijil-sijil Persekolahan seperti SRP/SPM/SPMV/STPM/STAM;
v. Salinan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Malaysia jika lain daripada butiran (iv) di atas;
vi. Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
vii. Salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari Pusat-pusat Pengajian Tinggi (beserta Transkrip);

Nota: Kegagalan mengemukan dokumen-dokumen seperti di atas secara tidak langsung akan menjejaskan pertimbangan terhadap permohonan tersebut.

Permohonan bolehlah dihantar ke alamat seperti di bawah;

Perbadanan Putrajaya
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdana, Presint 3
62675 PUTRAJAYA
u/p : Bahagian Sumber Manusia

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Januari 2019 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 03-8887 7005 sambungan 8071/8041

Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amat kami hargai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih .

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PERKHIDMATAN KORPORAT
PERBADANAN PUTRAJAYA


PERBADANAN PUTRAJAYA - SELANGOR

Apply Now