tesettt

Penulis Asal : AIA Online STORE

 







Ada orang malu nak bagitau dia berniaga. Malu nak bagitau dia jual online, malu nak bagitau dia jadi dropshipper, malu nak letak iklan kat wall, malu nak bagitau kawan kawan yang sabtu ahad dia bukak meja jual nasi lemak, segan nak canang dia jual kuih petang petang.

Kenapa mesti malu ye? Aku ada kawan yang weekday dia kerja as banker dan weekend dia bukak meja jual air mangga. Sedikit pun takde rasa malu bila di kecam.

“Eh kau jual air mangga. Keje banker tak cukup duit ke?”




Kalau kau dengar ada suara suara sumbang macam ni, kau jangan pegi maki dia. Kau tapau satu cawan kasi dia minum free. Lepas tu kau cakap kat dia, kalau sedap lepas ni singgit satu cup.

Sama ada kau berniaga atas dasar nak carik duit lebih memandangkan kita semua ada hutang nak hadap setiap bulan. Atau berniaga sekadar suka suka. Tak usah malu. Semua rezeki Allah dah tentukan. Semuanya kerana gerak dari Dia. Kita bukan buat kerja haram. Kita berniaga je guys. Bukan pegi mencurik. Jangan malu dalam mencari rezeki. Jangan rasa takut standard kita jatuh. Malulah jika kamu malas dan hanya mengharap belas ikhsan dari orang.

Dan bagi kamu yang suke mengata kawan kawan yang berniaga kecik kecik ni, nasihat aku satu je. Kau belum diduga Tuhan lagi. Dunia ini ibarat roda. Ada masa kita diatas. One day kita pasti dibawah. Jangan menghina.

Mungkin mereka itu tidurnya lebih lena dari kita.

NASI LEMAK KUKUS ANAK JANTAN RM1.00

MEE HUN GORENG RM1.00

MEE GORENG RM1.00

SANDWICH SARDIN RM1.00

SAYA TAK MALU.. SEBAB KALAU SAYA MALU, DUIT PUN MALU MAU DATANG.. MALU BIAR BERTEMPAT..

Categories: news

Comments are closed.