tesettt

PENULIS ASAL : FAIZ NAJMI

Nama saya Ken. Saya baru balik dari perantauan selepas habis mengaji, peringkat sarjana muda hingga PHD. Lama jugaklah di perantauan. Jadi Dr boleh agaklah umur saya. Sekarang ni mula bertugas sebagai pensyarah muda (muda perlu ditekankan disitu, sebab rakan sekerja saya kebanyakannya makam dah tinggi) di universiti awam. Bidang saya kejuruteraan. Sedikit sebanyak latarbelakang saya.


Doktor

Saya pendekkan cerita, saya bercadang nak masuk sekolah perubatan. Selama bertahun-tahun merantau tempat orang cari ilmu, disangkakan kejuruteraan inilah jadi darah daging, tapi rupanya jiwa meronta-ronta supaya belajar bidang perubatan supaya jadi doktor.

Keluarga?→mereka suruh saya mengucap.
Kawan sepengajian?→mereka kata saya banyak sangat ni baca buku pasal doktor. Kuat terpengaruh.
Kawan Doktor?→rata-rata tak menggalakkan. Kerja doktor teruk katanya. Cerita yang saya dengar banyak yang seram.

Suka saya nak dengar terus dari orang2 yang ada pengalaman tukar kerjaya. Lagi-lagi yang macam doktor yang asalnya daripada bidang perubatan.
———–

Salam,
Kalau ditanya, saya takkan galakkan ceburi bidang perubatan atas satu sebab – graduan perubatan ambil masa lebih kurang setahun untuk dapatkan penempatan. Tapi jika betul-betul minat, fisiologi dan patologi manusiawi, proses penyakit dan bagaimana mengubati, boleh bertahan tekanan atasan kiri dan kanan daripada senior serta bekerja lama-lama (30jam + tanpa henti), kau boleh cuba.


Doktor

Belajar perubatan tak susah, senang je sebenarnya ( kata seseorang yg dah pernah lulus semua peperiksaan). Yang mencabar ialah meneroka dunia pekerjaan perubatan, terutama 2 tahun pertama yg dipanggil housemanship. Dua tahun pertama itu banyak stress mental dan fizikal untuk diadaptasi, kerana ada 6 dispilin perubatan yg perlu dilalui, setiap satu disiplin selama 4 bulan minimum. Mungkin baru dapat sesuaikan diri pada bulan keempat, sudah selesa dan dikenali doktor senior dan para jururawat, sudah tahu cara kerja mereka – disuruh pula tukar ke jabatan baru dan ulang lagi proses yg sama selama 6 kali.

Hidup tidak sama houseman dan MO (doktor yg tamat housemanship). MO mungkin ada lebih banyak masa bebas, mungkin tidak (bergantung pada jabatan dan penempatan mana). Cuma tanggungjawab bertambah, kerana semua kes adalah tanggungjawab sendiri. Lagi-lagi jika bertugas di pedalaman yg tiada pakar untuk tunjuk ajar.

Sesiapa pun boleh jadi doktor kalau minat mendalam. Hakikatnya, ramai orang yg minat jadi doktor pada awal-awalnya, cuma apabila sudah didedahkan dengan realiti kehidupan sebagai doktor, ramai yg berubah arah.

Seriously nobody would know how to get the exposure of wonders and pressures of becoming a medical doctor, until you become a doctor yourself. Until then, we must always manage our expectations.

Ramai budak bijak medik pun boleh jadi psikotik, sebab tak pandai manage expectation. Burnout selalu. “Jonah” selalu katanya padahal diri sendiri tak pandai manage patients dan patient flow.

As long as you can manage expectations and have great interest in human pathological process and how to treat them, you will be fine. Tapi secara jujurnya sekarang banyak graduan perubatan menganggur. Kalau sanggup tanam anggur lebih kurang setahun lepas habis belajar, i am sure you will be a great doctor!

Categories: news

Comments are closed.