Whatsapp : 018 - 390 5996

INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS) 210 views1 application





JAWATAN KOSONG PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PEMBANGUNAN SISTEM)

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk senarai tugas di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

 

1) Pegawai Sambilan Harian (Ijazah, RM100/hari, 1 Kekosongan)

 

Senarai tugas yang bakal dijalankan oleh PSH adalah seperti berikut:

  1. Melakukan tugas-tugas kajian keperluan pengguna.
  2. Melakukan tugas-tugas kajian penerimaan pengguna dan kajian penerimaan akhir.
  3. Melakukan tugas-tugas serahan akhir setelah pembangunan siap sepenuhnya.
  4. Melaksanakan tugas-tugas meja bantuan seperti menerima aduan pengguna berhubung sistem, mendokumentasi aduan dan menyelesaikan aduan/masalah yang diterima dari pengguna.
  5. Melakukan ‘debugging’ bagi masalah yang ditemui didalam sistem.
  6. Melakukan penyenggaraan secara berkala bagi memastikan sistem-sistem berada didalam keadaan optimum.
  7. Melakukan ujian  (testing) terhadap perisian bila diperlukan.
  8. Melakukan pemeriksaan tahap keselamatan sistem secara berkala.
  9. Melakukan ‘back-up’ bagi sistem dan pangkalan data.
  10. Mendokumentasi kerja-kerja yang dilaksanakan dan mengikut keperluan.

 

Kemahiran yang dikehendaki:

Language:

  1. PHP
  2. SQL

Database:

  1. Xampp
  2. MySQL

Keperluan lain:

  1. Xampp
  2. MySQL
  3. CSS

Tahap kebolehan : Mempunyai pengetahuan dalam sekurang-kurangnya sebahagian kemahiran di atas.

Pemohon yang berminat dikehendaki untuk menghantar salinan resume dan surat iringan (cover letter) yang menyatakan kemahiran seperti yang dinyatakan di atas ke alamat itm@miros.gov.my.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. 

Only candidates can apply for this job.
app