Whatsapp : 018 - 390 5996

JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA 78 views

 

 


IKLAN JAWATAN KOSONG SECARA SAMBILAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
1. (a) Jawatan : Penolong Pegawai Sains
(Kaji Serangga) Gred C29
(b) Bilangan kekosongan : 7
(c) Klasifikasi perkhidmatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
(d) Jadual gaji : RM 72.00 sehari
(e) Syarat-syarat seperti :
i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada iklan ditutup
a) Diploma dalam bidang Sains/ Sains Kesihatan, Biologi dan Teknologi Makmal yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iii) Mempunyai komitmen untuk bekerja di makmal dan lapangan
iv) Mahir menggunakan komputer terutamanya aplikasi MS Word
Excel dan lain-lain

(f) Senarai tugas :

1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pegawai Sains (Kaji Serangga).

2. Menyediakan peralatan dan reagen untuk prosedur analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin.

3. Menyediakan spesimen untuk Pegawai Sains (Kaji Serangga) menjalankan prosedur Pengecaman, Mounting Dan Pembedahan vektor dan pest.

4. Membantu penyelenggaraan peralatan analisis dan persampelan termasuk mikroskop dan battery operated aspirator secara berkala.

5. Membantu dan melaksanakan aktiviti entomologi, arthropod dan pest yang bersesuaian mengikut keperluan semasa:

a) Penyiasatan Entomologi dan Pest
b) Penilaian Risiko Entomologi dan Pest
c) Kajian Ovitrap
d) Kajian Sticky Ovitrap
e) Kajian MyMat / Mosquito Home
f) Sentinel Aedes
g) Sentinel Anopheles
6. Membantu dan melaksanakan kajian operasi entomologi untuk penambahbaikan keberkesanan aktiviti kawalan vektor melalui :

a) Airborne Bioassay
b) Slaid Magnesium oksida
c) Ovitrap 48 jam
d) Cone Bioassay
e) Ketahanan LLIN

7. Menyelenggara insektarium bagi memastikan kelangsungan koloni nyamuk mengikut spesies dan strain. Penjagaan persekitaran insektarium luar dan dalam supaya tiada infestasi dari pemangsa seperti semut, lipas dan tikus dari luar

8. Memastikan tikus yang dibela di dalam makmal bagi tujuan sumber darah bagi nyamuk yang dikoloni diberi makan.

9. Memasang peralatan surveilan vektor di lapangan seperti ovitrap, BG Trap dan CDC light trap

10. Membuat persampelan nyamuk peringkat telur, larva dan dewasa ketika Pegawai Sains (Kaji Serangga) menjalankan Entomological Investigation di lokaliti kes dan wabak

11. Membuat persampelan nyamuk peringkat telur, larva dan dewasa ketika Pegawai Sains (Kaji Serangga) menjalankan Entomological Risk Assessment di kawasan keutamaan

12. Membuat persampelan nyamuk peringkat telur, larva dan dewasa ketika Pegawai Sains (Kaji Serangga) menjalankan aktiviti di stesen sentinel

13. Membuat pemasangan perangkap nyamuk dan tikus ketika Pegawai Sains (Kaji Serangga) menjalankan audit dan QC Aktiviti Pengawasan Vektor di Pintu Masuk Antarabangsa.

14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Kepada sesiapa yang berminat, sila hantar permohonan ke alamat di bawah berserta resume bergambar, salinan sijil-sijil berkaitan seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, SPM dan Diploma berkaitan yang telah disahkan dan surat iringan dengan menyatakan jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Unit Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2356753
(u.p. : Cik Tang Chun Huan / Puan Norzarina binti Nordin)

Tarikh tutup : 04 September 2020 (Jumaat)

Sekian, terima kasih.





Only candidates can apply for this job.
app