Whatsapp : 018 - 390 5996

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR 119 views

IKLAN JAWATAN KOSONG

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

  • Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan:

    • Jawatan : Juruukur Bahan, J41
    • Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
    • Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
    • Taraf Jawatan : Contract of Service

    Jadual Gaji

    Gaji Minimum

    Gaji maksimum

    Kadar Kenaikan GajiTahunan

    RM2,529.00

    RM9,643.00

    RM225.00

    • Syarat Lantikan
      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      1. warganegara Malaysia;
      2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      3. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)

    • Syarat Bahasa Melayu

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

    • Deskripsi Tugas
    • Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal
    • membuat pengukuran kuantiti (taking off),
    • menyediakan dokumen tender dan kontrak,
    • menyedia perakuan bayaran interim,
    • menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad,
    • mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
    • Permohonan

    Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN PERJAWATAN PPAS yang boleh didapati di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam atau muat turun melalui laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, www.ppas.gov.my

  • Borang Permohonan Jawatan

    Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan dokumen yang berkaitan. Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

    Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada alamat seperti berikut:

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

    D/A Perpustakaan Raja Tun Uda

    Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13

    40100 Shah Alam Selangor

    Selewat-lewatnya pada 25 OGOS 2020








Only candidates can apply for this job.
app