Whatsapp : 018 - 390 5996

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) 160 views


Pengiklanan Jawatan Kosong PERKIM

Jawatan: Pegawai Kewangan

Taraf Jawatan: Kontrak [Kumpulan A]

Gaji dan Elaun:
Gaji Minima – RM 1,950.00
COLA – RM 300.00
Elaun Perumahan – RM 350.00 (Berumahtangga) – RM 250.00 (Bujang)

Syarat-Syarat Lantikan:

i] Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan. Gaji Permulaan – RM 2,915.00

atau

ii] Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. Gaji Permulaan – RM 2,915.00

atau

iii] Mempunyai syarat-syarat No. i] dan No. ii]. Gaji Permulaan – RM3,120.00

atau

iv] Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. Gaji Permulaan – RM3,350.00

Ringkasan Tugas:

a) Bertanggungjawab menyelaras dan menyelenggara fungsi-fungsi mengenai urusan pembayaran gaji dan elaun kerja lebih masa.

b) Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti-aktiviti kewangan PERKIM serta terlibat dalam penggubalan dasar kewangan, pengurusan kewangan, perakaunan dan perancangan keseluruhan bagi setiap proses kerja kewangan iaitu mengurus perolehan dan pembayaran; mengawal peruntukan; menguruskan permohonan perbelanjaan; mengawal dan memantau pengeluaran cek; memantau pertanyaan audit dan mengawal harta serta inventori pejabat.

c) Bertanggungjawab menyelaras hal-hal kewangan bagi Mesyuarat-mesyuarat Agung Tahunan, Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil.

d) Menyelia dan mengimplikasi Peraturan-peraturan dan Pekeliling Kewangan.

Tarikh Tutup Permohonan:
21 Ogos 2020

Cara Memohon:

Sila hantar permohonan, ‘resume’ dan salinan ijazah serta sijil-sijil lain kepada –

Setiausaha Agung Kehormat
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Tingkat 6, Bangunan PERKIM, 150,
Jalan Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur.
(u/p: Puan Azizah Mohd Yusoff)
emel: azizah@perkim.net.my






Only candidates can apply for this job.
app