Whatsapp : 018 - 390 5996

PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUT (CIAST) 75 views

 


Skop Tugasan dan Kelayakan PSH Sarjana Muda Bagi Program Pembelajaran Elektronik dan Multimedia (PEM)
Kelayakan:
Umum

Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat atau Sains Komputer atau Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya.

Khusus

Mempunyai kemahiran dalam bidang berikut:

  1. Pengaturcaraan computer dalam PHP, JavaScript, HTML5, CSS, SQL.
  2. Pengaturcaraan menggunakan “Library” dan “Framework” seperti JQuery, Yii dan Laravel.
  3. Teknik pengaturcaraan berasaskan Objek “Objek Oriented Programming”.
  4. Pembangunan pengkalan data mengguna MySQL, XML dan JSON.
  5. Pengendalian dan mengkonfigurasi Web Server.
  6. Asas rangkaian computer.
  7. Rekabentuk perisian dan “User Experience Design”.

Skop tugas PSH:

  1. Mengenalpasti masalah dan keperluan dalam pembangunan sistem perisian.
  2. Menentukan maklumat keperluan pengguna dalam penggunaan perisian.
  3. Menganalisa keperluan sistem.
  4. Merekabentuk sistem perisian berasaskan analisa dan keperluan pengguna.
  5. Membangun perisian dan membuat dokumentasi teknikal.
  6. Mengujiguna dan menyelenggara sistem perisian.
  7. Penilaian dan sokongan terhadap sistem kearah kesempurnaan sistem perisian.

Syarat-syarat Lain :

a) Warganegara Malaysia;

b) Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;

c) Calon memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat atau Sains Komputer atau Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya;

d) Telah tamat pengajian sepenuhnya;

e) Mempunyai rekod peribadi yang baik;

d) Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga / ditawarkan jawatan;

e) Semua perbelanjaan menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Jabatan ini.

 

Cara-cara memohon :

  1. Pemohon dikehendaki menghantar resume
  2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN berikut yang telah disahkan:
  3. a) Kad Pengenalan
  4. b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  5. c) Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat/ Sains Komputer/ Kejuruteraan
  6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan 2 minggu selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 21.08.2020

Alamat Penghantaran Permohonan:

Pengarah,

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, Peti Surat 7012,

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-55438200 Fax : 03-55438398

(u.p : Unit Sumber Manusia)





Only candidates can apply for this job.
app