Whatsapp : 018 - 390 5996

TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) 69 views


PENGAMBILAN ANGGOTA SEBAGAI TEKNISYEN TLDM

Warganegara Malaysia berumur 18 ke 25 tahun yang memiliki Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah dipelawa untuk menyertai TLDM sebagai Teknisyen. Anggota yang terpilih bakal menerima skim gaji kelulusan Diploma melalui Skim Diploma Tugas Khusus (DTK). Skim gaji ini adalah lebih tinggi berbanding Skim sedia ada. Selain itu, anggota akan berpeluang menerima insentif berikut :

– Melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda
– Pengiktirafan sebagai Certified Technician ( Tc )
– Kenaikan pangkat lebih cepat, bergantung kepada kekosongan jawatan

Dengan wujudnya Skim DTK ini, diharap dapat menarik lebih ramai graduan Diploma Kejuruteraan yang berkelayakan untuk memasuki perkhidmatan TLDM sebagai Teknisyen. Calon yang berminat perlu melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi maklumat berkaitan, sila layari Portal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di www.navy.mil.my atau JOMMASUKTENTERA di apps.mafhq.mil.my





Only candidates can apply for this job.
app