IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) di UTM International, Johor Bahru
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
*PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
*PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI)
Kadar Upah : RM 54.00 (sehari). Dibayar mengikut jumlah hari bekerja.
Tempoh Perkhidmatan : Tiga (3) bulan.Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan.
1. SYARAT KELAYAKAN:
i. Warganegara Malaysia berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
ii. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris & Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
iii. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan fasih.
iv. Mahir menggunakan Microsoft Word & Microsoft Excel
v. Calon yang berjaya diterima masuk dan bersetuju menerima tawaran tidak mempunyai perancangan untuk berhenti dalam tempoh masa 3 bulan.
2 . WAKTU BEKERJA:
Ahad – Rabu :
8:00 pagi hingga 5:00 petang
Khamis :
8:00 pagi hingga 3:30 petang
3. CARA MEMOHON:
i. Sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
a. Curriculum Vitae;
b. Borang permohonan yang telah lengkap berserta gambar berukuran pasport;
c. Salinan Kad Pengenalan;
d. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), salinan sijil tamat pengajian dan salinan sijil-sijil lain yang
berkaitan.
Borang permohonan boleh dicetak di capaian berikut :
https://drive.google.com/…/1RmX8KmgKoC5dNEkt98N…/view….
ii. Semua permohonan hendaklah dihantar melalui pos kepada alamat seperti berikut :
UTM International, Aras 2, Blok S19,
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor.
(u.p : Puan Punithavalli a/p Marimuthu)
4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 DISEMBER 2020
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke alamat email berikut :
E-mel : norshalizas@utm.my
Puan Norshaliza binti Saparman
