|
CARA MEMOHON
Resume yang lengkap mestilah
disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran,
Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda,
Diploma dan Transkrip-Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang
berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan (yang telah disahkan)
dan sekeping gambar yang terbaru berukuran passport.
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan
dengan bayaran RM5.00 yang boleh didapati:-
melalui cetakan dari laman web http://www.insaniah.edu.my (bayaran
wang pos atas nama BENDAHARI Kolej Universiti INSANIAH);
atau
hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Kolej Universiti
INSANIAH, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Star, Kedah
Darul Aman.
Permohonan pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan
Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan,
perlulah disertakan dengan Laporan Sulit dan Penyata
Perkhidmatan yang dikemukakan melalui Ketua Jabatan
masing-masing. Dokumendokumen tersebut hanya perlu dibawa
semasa TEMUDUGA sahaja.
Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan Ijazah
/ Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah
menyertakan surat pengesahan pengiktirafan Ijazah dari Unit
Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia.
Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap berserta
dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke alamat
berikut:-
Pendaftar
Kolej Universiti INSANIAH
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Star
Kedah Darul Aman.
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)
Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai
pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Segala perbelanjaan
berhubung dengan permohonan dan temu duga ini tidak akan
ditanggung oleh INSANIAH.
Maklumat
Lanjut Layari
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)
|