MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

 

Tarikh Tutup :  18 Ogos 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
 

SENARAI JAWATAN

[*]

PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS27

[*]

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 [BILAL MASJID BANDAR]

[*]

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 [PENYIASAT / NAZIR MASJID]

CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 60 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2010 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:



YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU.



Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 
 

 

Maklumat Lanjut Layari

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN