tesettt

“Antara objektif utama dalam program ini ialah untuk membimbing para lepasan sekolah untuk meneroka bidang kerjaya yang sesuai di institusi pengajian tinggi melalui satu sesi bimbingan eksplorasi kerjaya,” kata Pengarah Karnival Lepasan Sekolah (KLS), Hafeez bin Morni.


Ratchthevee, Bangkok
beretika ketika menanti ‘isi’ keluar

“Remaja perlu jelas dengan halatuju mereka agar tidak tersilap pilih jalan. Remaja merupakan asset utama negara yang akan memimpin negara suatu hari kelak,” tambahnya .

Hafeez turut menekankan bahawa pelajar lepasan sekolah harus tahu membezakan antara minat dan kebolehan masing masing.

“Ini adalah penting kepada pelajar kerana pemilihan bidang yang sesuai akan menentukan kebolehan mereka untuk mempersembahkan prestasi mereka di institusi pengajian tinggi kelak,” jelasnya ketika ditemui selepas karnival baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Kuching dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kuching, I-Guru Cawangan Kuching dan Dewan Bandaraya Kuching Selatan itu turut mengadakan sesi interaksi secara langsung dengan graduan dari dalam dan luar Negara.

Melalui sesi ini pelajar mendengar perkongsian tips dan pengalaman para panelis sepanjang menuntut di institusi pengajian tinggi.

Petikan Dari : ISMAWEB

Categories: news

Leave a Reply