IKLAN JAWATAN KOSONG
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
-
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan:
- Jawatan : Juruukur Bahan, J41
- Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
- Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
- Taraf Jawatan : Contract of Service
Jadual Gaji
Gaji Minimum
Gaji maksimum
Kadar Kenaikan GajiTahunan
RM2,529.00
RM9,643.00
RM225.00
- Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)
- Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Deskripsi Tugas
- Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal
- membuat pengukuran kuantiti (taking off),
- menyediakan dokumen tender dan kontrak,
- menyedia perakuan bayaran interim,
- menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad,
- mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Permohonan
Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN PERJAWATAN PPAS yang boleh didapati di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam atau muat turun melalui laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, www.ppas.gov.my
-
Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan dokumen yang berkaitan. Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada alamat seperti berikut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda
Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13
40100 Shah Alam Selangor
Selewat-lewatnya pada 25 OGOS 2020

