Whatsapp : 018 - 390 5996

BANTUAN RAKYAT RM150 PADA JANUARI 2023 562 views



Kerajaan Perpaduan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid bermula Januari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian bantuan itu melibatkan semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.





“Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.





Only candidates can apply for this job.