Whatsapp : 018 - 390 5996

BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 MULAI 7 NOV INI 221 views


Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, iaitu pembayaran akhir bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 Nov ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima. Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023.

“Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” menurut kenyataan itu. Dalam kenyataan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima yang memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia bagi membantu menangani cabaran kos sara hidup

Pemohon STR boleh kemaskini maklumat disini : KEMASKINI MAKLUMAT





Only candidates can apply for this job.
app