Whatsapp : 018 - 390 5996

BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 2 APRIL 2023 906 views



SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan.

Terdahulu dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia, ia dijenamakan semula dan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi portalnya berkongsi beberapa info seperti berikut:

1-Permohonan STR boleh dibuat dalam tempoh berikut yang tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023






2-Jumlah bayaran

3-Tarikh pembayaran STR akan dilaksanakan seperti berikut:

Fasa 1: Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat
Fasa 2: April 2023
Fasa 3: Julai 2023
Fasa 4: November 2023






Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini dan membuat pertanyaan berkenaan STR mengikut saluran berikut:

i. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau

ii. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform
iOS

iii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

v. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)

vi. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Only candidates can apply for this job.
app