
PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 40 tahun ke atas layak membuat pinjaman bank bermula 7 April ini dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan KWSP pada Isnin, dua bank menyediakan kemudahan pinjaman ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.
Dari semasa ke semasa, pertimbangan akan dibuat untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Kenyataan itu seterusnya menyebut pinjaman ditawarkan dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) iaitu antara empat hingga lima peratus, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu lapan hingga 15 peratus.
KWSP menyatakan jumlah pembiayaan maksimum ditetapkan pada RM50,000 tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.
Seterusnya mengenai mekanisme, terma dan syarat Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2), ia kini boleh digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman bank yang dibuat oleh pencarum.
“FSA2 adalah kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
“Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).
“Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat, di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.
“Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka,” katanya.
@peluangkerjayaa Kerja kosong PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) #petronas #peluangkerjaya #kerjakerajaan #bantuanrahmah #bantuankerajaan #resume #duitraya #kerjakosong #jawatankosong #carikerja ♬ Tiba Ramadan Cover by Kabbil Raaj – Kabbil Raaj