Whatsapp : 018 - 390 5996

JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) 423 views




JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)
IKLAN JAWATAN KOSONG
TARIKH BUKA IKLAN : 13 MAC 2023 – 19 MAC 2023
JAKOA, sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
1. Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan
2. Kumpulan : Pelaksana
3. Taraf Jawatan : Kontrak (Contract of Service)
4. Jadual Gaji : Gred N11
Gaji
Minimum Gaji Maksimum Kenaikan Gaji Tahunan
RM 1,216.00 RM 2,983.00 RM 80.00
5. Penempatan : Seluruh Semenanjung Malaysia seperti berikut; –
Negeri Pengambilan
Pahang 1 – Temerloh
1 – Lipis
Perak 1 – Lenggong
2 – Kinta
1 – Gerik
Kelantan 2 – Gua Musang
Johor 1 – Segamat
1 – Johor Bahru
1 – Pontian
1 – Kluang
Selangor 1 – Hulu Selangor
1 – Puchong
Negeri Sembilan –
6. Syarat Lantikan : Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
6.1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
6.2. Keutamaan adalah kepada kaum Orang Asli;
6.3. Lulus SRP/PMR/PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00) atau;
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
6.4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
7. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Pembantu Operasi Gred N11 adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
8. Ringkasan Tugas :
8.1. Menyediakan makanan tambahan kanak-kanak;
8.2. Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan tabika;
8.3. Membantu Pemaju Masyarakat dalam pengajaran dan pembelajaran;
8.4. Membantu Pemaju Masyarakat dalam tadbir urus tabika;
8.5. Membantu Pemaju Masyarakat dalam mengurus kewangan tabika;
8.6. Membantu Pemaju Masyarakat mengendalikan program atau aktiviti yang melibatkan masyarakat;
8.7. Menghadiri kursus/bengkel/program yang dianjur oleh pihak JAKOA;
8.8. Membantu Pemaju Masyarakat merekod dan mengemaskini aset tabika;
8.9. Membantu pihak JAKOA mengumpul dan memasukkan data berkaitan dengan Orang Asli seperti bantuan pendidikan/kewangan/perubahan ke dalam sistem;
8.10. Membantu pihak JAKOA melaksanakan aktiviti/program anjuran Jabatan;
8.11. Membantu tugas-tugas pentadbiran di JAKOA Daerah semasa cuti sekolah;
8.12. Serta lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
9. Cara Memohon :
9.1. Borang Permohonan JAKOA/A1.419 boleh didapati Laman Sesawang JAKOA https://www.jakoa.gov.my/umum;
9.2. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan gambar terkini berukuran passport;
9.3. Mengemukakan maklumat untuk dihubungi yang terkini;
9.4. Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
9.5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga;
9.6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
9.7. Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti berikut :-
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH,
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 WP Putrajaya
Tel : 03-80903600 ext 3648, 3615, 3638
Emel : [email protected]
10. Tarikh TUTUP permohonan adalah pada 19 MAC 2023 (AHAD)











Only candidates can apply for this job.
app