
Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas sebanyak RM100 kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan dalam kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan serta profesional akan berkuat kuasa 1 Januari ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini memaklumkan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 (PP Bil. 2/2022) pemberian KGT Tambahan Khas itu akan diberikan pada tahun 2023 sahaja.
Walaubagaimanapun pembayaran KGT tambahan Khas akan dibuat mulai tarikh pembayaran gaji bagi bulan Januari 2023.