Tambahan nilai e-dompet RM100 di bawah program eMadani kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun boleh ditebus mulai Isnin depan, 4 Disember ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ini akan memberi manfaat kepada 10 juta orang, dan melibatkan kos RM1 bilion

Dia berkata tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari 2024. Empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu, walaupun Anwar tidak menyebut namanya.Anwar membuat pengumuman itu semasa membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.