![]() |
||||||
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI) |
||||||
PELAWAAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA |
||||||
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2008, mempelawa semua warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya seperti berikut: |
||||||
Jawatan | : | Eksekutif Pelaburan | ||||
Gred | : | E48 | ||||
Kumpulan Perkhidmatan | : | Pengurusan dan Professional | ||||
Klasifikasi Perkhidmatan | : | Ekonomi | ||||
Jadual Gaji | : | RM5,122.00 – RM11,637.00 | ||||
Syarat Lantikan | : | 1. | Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | |||
(a) | warganegara Malaysia; | |||||
(b) | berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | |||||
(c) | Memiliki: | |||||
(i) |
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan pada calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang pelaburan, kewangan dan perakaunan; |
|||||
(ii) |
Wajib mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pelaburan dan sekurang-kurangnya 3 tahun dalam pengurusan dana; dan |
|||||
(iii) |
Lesen atau kelayakan untuk berurus niaga di Bursa Malaysia. |
|||||
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | ||||||
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya berhak menentukan terma dan syarat-syarat perkhidmatan lain. |
|||||
Taraf Jawatan | : | KONTRAK | ||||
Penaklukan di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan | : | Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. | ||||
Fungsi Bidang Tugas | : | – | Bertanggungjawab dalam semua aktiviti pelaburan bagi menjana pulangan kompetitif dan stabil. | |||
– | Bertanggungjawab untuk meningkatkan kepelbagaian portfolio pelaburan bagi manfaat Suruhanjaya. | |||||
– | Merancang, mengurus dan memantau aktiviti pelaburan dan pengurusan dana kumpulan wang. | |||||
– | Menganalisa dan membuat penilaian (feasibility study) kewangan ke atas cadangan projek Suruhanjaya. | |||||
Bagaimana Untuk Memohon | : | i. | Daftar dan kemukakan permohonan anda melalui pautan berikut: <Sistem eKerjaya> | |||
ii. | Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel yang dinyatakan semasa mendaftar. | |||||
Tarikh Tutup Permohonan | : | 23 NOVEMBER 2020 | ||||
