Whatsapp : 018 - 390 5996

TERKINI!!! BANTUAN AIDILFITRI & BAYARAN TUNAI RAHMAH DIBAYAR PADA 5 APRIL 2023 494 views




Membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara pagi tadi.

Saya turut umumkan beberapa inisiatif tambahan melibatkan bantuan Aidilfitri, melanjutkan pelepasan cukai individu sehingga RM8,000 bagi Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga 2024 dan akan meluaskan sasaran Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka.








Saya bersetuju salurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200 lagi, tambahan kepada apa yang telah diumumkan sebelum ini.

Ia akan menelan belanja RM170 juta dan penambahan tersebut merupakan bantuan terbesar yang pernah diberikan kerajaan kepada golongan nelayan, pesawah dan pekebun kecil.



Saya juga bersetuju salurkan saguhati aidilfitri kepada lebih 200 ribu anggota RELA serta sukarelawan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.

Selain itu khabar gembira juga disampaikan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan disalurkan mulai 5 April, di mana bayaran sehingga RM200 kepada setiap penerima STR. Sejumlah RM1.26 bilion diperuntukkan untuk Fasa 2 STR.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Only candidates can apply for this job.