Whatsapp : 018 - 390 5996

TERKINI!! BONUS RAYA AWAM RM700 DIBAYAR 14 APRIL 2023 481 views



Penjawat Awam Persekutuan akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya 14 April ini, diawalkan tiga hari berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan turut membabitkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang diumumkan sebelum ini.

“Saya terima banyak permohonan, 17 (April) ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. “Jadi kita awalkan, selewatnya 14 April kita selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya di Ipoh.






“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Selain itu, RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.





Only candidates can apply for this job.