Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : Dua (2)
SYARAT PELANTIKAN:
Calon bagi lantikan ke Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik / Perdagangan / Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut;
Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
a) Syarat tambahan:-
b) Sanggup bekerja lebih masa.
c) Berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
CARA MEMOHON:
Pemohon yang berminat diminta mengemukakan permohonan menggunakan borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/Jawatan 02) yang boleh dimuat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar.
Borang permohonan hendaklah disertakan bersama:
salinan kad pengenalan
salinan sijil kelahiran
salinan sijil SPM (termasuk sijil-sijil yang berkaitan) dan
sekeping gambar terkini berukuran passport
Hantarkan permohonan ke alamat seperti di bawah:
Pejabat Pentadbiran
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
(u/p: Puan Nurul Azra Ab. Malik) atau;
Emelkan salinan lembut (softcopy) ke [email protected]
PERHATIAN
Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan;
Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga;
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh TIGA (3) bulandari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum jam 12.00 tengah hari pada 18 Disember 2020 (Jumaat)
