Whatsapp : 018 - 390 5996

PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA

PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA

Ekonomi sekarang memerlukan suami dan isteri sama-sama bekerja.

Namun tidak dinafikan, mungkin atas beberapa faktor, si isteri atau sang suami harus berhenti bekerja. Jadinya, akan timbul beberapa isu kewangan dalam rumahtangga.

Siapa ada kenalan yang mempunyai niat untuk berhenti kerja?

Sila TAG mereka. Agar memberi sedikit idea beberapa persediaan yang perlu mereka titik beratkan .

Zatty yakin , keputusan ini bukan sesuatu yang mudah. Tapi keputusan harus dibuat atas beberapa faktor yang masing-masing sedang lalui. Disini zatty nak kongsikan beberapa tips agar keadaan kewangan seisi rumah terjamin dalam masa 1 tahun akan datang. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman zatty sendiri.

Duduk sebentar, ambil pen dan kertas. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Insyaallah yakin dengan apa jua keputusan yang bakal anda buat. Rezeki Allah itu luas. Setiap yang sulit pasti dimudahkan. Walau bagaimana pun kita haruslah berusaha dan bersedia .


Okay sekarang,
Cuba senaraikan..

contohnya:

A)Barang keperluan harian.

1. Ubat gigi
2. Sabun mandi
3. Sabun basuh baju
4. Pencuci muka
5. Pencukur
6. Syampu
7. Alat solek
8. Minyak wangi
9. Deodorant
10. Berus gigi

B)Barang masakan kering.

1. Bihun
2. Rempah Ratus
3. Tepung
4. Garam
5. Gula
6. Sos
7. Kicap
8. Perencah
9. Beras
10. Perisa Air

Penting !! : Cari tarikh luput yang paling lama.

C)Keperluan rumah

1. Mop
2. Penyapu
3. Cecair pencuci lantai
4. Span cuci pinggan
5. Sabun cuci pinggan
6. Berus cuci tandas
7. Plastik sampah

D)Bil-Bil bulanan

1. Air
2. Api
3. Telefon
4. Cukai rumah
5. Indah water
6. Rumah
7. Astro
8. Wifi

E) Kenderaan

1. Roadtax
2. Servis
3. Bayaran bulanan
4. Minyak
5. Tol

Cuba nyatakan bersama anggaran bajet yang diperlukan. Rancang untuk 1 tahun ya . Jadi bila dah dapat jumlah keseluruhan apa perlu anda buat?

6 bulan sebelum berhenti kerja, sila beli semua barang yang tercatat dalam senarai anda. Beli sedikit demi sedikit bila gaji masuk.

Ingat,
beli untuk kegunaan 1 tahun kehadapan. kalau ada lebih beli lebih. Sebab kita tak tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Nampak macam perkara kecil, tapi yakin lah disaat genting, barang-barang keperluan rumah dah cukup untuk kehidupan seharian.

Insyaallah,
kalau anda sudah bersedia barulah anda boleh hantar surat berhenti kerja kepada boss anda . 😉

Salam Sayang,
Zatty

(https://www.facebook.com/izzati.kamal.9)

SurirumahLuarBiasa
TerimaKasihBoss

app